SEMAK SCAM Β· REVIEW PENGGUNA SEBENAR

Terlalu banyak channel trading scam. Semak sebelum join.

Signal, EA, urus akaun, copy trade, kelas. Cari mana-mana channel Telegram dan baca pengalaman pengguna sebenar, amaran scam dan sama ada claim mereka betul, sebelum anda bayar atau deposit.

  • βœ“ Review pengguna sebenar
  • βœ“ Tiada ranking berbayar
  • βœ“ Percuma untuk semua
25Channel disemak
2Review diterbitkan
0Amaran scam
1Negara
TANDA AMARAN

Cara kenal channel signal scam

Kebanyakan penipuan guna taktik yang sama. Kalau anda nampak salah satu tanda ini, berhenti dan semak dahulu.

Janji untung tetap

"Untung 50% seminggu", "jamin menang". Trading sebenar tiada jaminan.

Tekanan untuk bayar cepat

"Slot terhad", "harga naik esok". Penipu tak mahu anda sempat berfikir.

Bayar ke akaun peribadi

Diminta transfer ke akaun individu atau broker yang anda tak kenal.

Bukti palsu atau akaun demo

Screenshot, backtest EA dan Myfxbook akaun demo mudah dipalsukan. Minta rekod akaun live yang disahkan.

Padam soalan & sekat

Komen yang bertanya dipadam, pengguna yang ragu disekat.

"Kami trade untuk anda"

Minta password akaun atau duit untuk diurus. Itu skim pelaburan, bukan signal.

SENARAI CHANNEL

Channel dalam senarai

Rating dikira daripada review pengguna yang diterbitkan. Kami tidak menyemak untung rugi signal.

Gold / XAUUSD

Official Public Channel CGI Metal Turbo v2.1 *10 Years indicator *Only Trade GOLD (XAUUSD) *For All Malaysia,Brunei,Indo…

πŸ‡²πŸ‡Ύ MalaysiaBaruBoleh diakses
1 review Β· rating belum mencukupi
Percuma + VIP
Al Hatta@alhattaa
Gold / XAUUSD

Admin trade menggunakan #pipzones

πŸ‡²πŸ‡Ύ MalaysiaBaruBoleh diakses
1 review Β· rating belum mencukupi
Percuma + VIP
Bro QAL FX@broqalfx
Lain-lain

Channel perkongsian setup dan signal trading, analisis pergerakan harga serta sesi pembelajaran dan coaching Forex.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MalaysiaBaruBoleh diakses
Belum ada rating
Percuma
FARA GOLD SCALPER@farascalpergold
Lain-lain

Fokus kepada teknik scalping Gold XAUUSD, berkongsi setup dagangan, analisis teknikal, signal serta pengurusan risiko.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MalaysiaBaruBoleh diakses
Belum ada rating
Percuma
Man Kaki Tekan@mankakitekann
Lain-lain

Berkongsi signal dan analisis dagangan harian Gold dan Forex, termasuk aktiviti live trading serta setup pasaran.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MalaysiaBaruBoleh diakses
Belum ada rating
Percuma
Lain-lain

Menawarkan signal percuma, pembelajaran trading dan copytrade. Menggunakan pendekatan recovery dan penambahan posisi apabila…

πŸ‡²πŸ‡Ύ MalaysiaBaruBoleh diakses
Belum ada rating
Percuma
SOALAN LAZIM

Sebelum anda join channel signal

Macam mana nak tahu channel signal itu penipu?

Tiada cara yang pasti, tetapi ada tanda amaran: menjanjikan untung tetap atau jamin menang, menekan anda deposit dengan cepat, tiada rekod yang boleh disemak, dan mengelak soalan. Semak halaman Amaran Scam, senarai amaran pengawal selia di negara anda dan IOSCO I-SCAN.

Adakah rating di sini bukti signal itu menguntungkan?

Tidak. Rating hanya mewakili pengalaman pengguna yang diterbitkan selepas semakan. Kami tidak mengaudit untung rugi dan ini bukan nasihat pelaburan.

Kenapa ada channel yang belum menunjukkan rating?

Rating dipaparkan selepas sekurang-kurangnya 3 review diterbitkan, supaya satu review sahaja tidak menentukan keseluruhan nilai.

Macam mana nak tambah channel atau tulis review?

Log masuk dengan Telegram, kemudian hantar pautan t.me awam atau tulis review. Admin akan menyemak dahulu sebelum diterbitkan.

BANTU BASMI SCAM

Pernah tertipu dengan channel signal?

Laporkan channel itu. Setiap laporan yang disemak membantu orang lain mengelak menjadi mangsa seterusnya.